Huawei Dilaporkan Akan Melancarkan Pesaing Kepada Google Maps

Sedikit demi sedikit, persaingan 3 penjuru antara 3 firma gergasi teknologi dunia semakin jelas akan bermula tidak lama lagi.


Menurut laporan oleh media China, Huawei bakal melancarkan servis peta sepertimana Google Maps. Malah didakwa servis tersebut bakal dilancarkan dalam bulan Oktober tahun ini juga dengan adanya sokongan dari firma perisian utama seperti Booking.com bagi pembangunan servis terbaru Huawei itu.

Langkah yang bakal diambil oleh Huawei ini dilihat sebagai penyelesaian kepada Google Maps yang bakal disekat dari digunakan oleh pengguna telefon pintar Huawei sekiranya A.S mula menguatkuasakan sepenuhnya sekatan terhadap Huawei dari berurusan dengan syarikat-syarikat A.S. Sekaligus sistem operasi Android tidak lagi boleh digunakan di dalam peranti pintar Huawei.

"If the U.S. government does not allow Google to provide the Android operating system,then the world may have a third operating system—and that is not in the best benefit or interests of the United States, allowing a little brother operating system into the world." Ren Zhengfei, CEO Huawei.

Huawei telah pun melancarakan sistem operasi yang dipanggil sebagai Harmony OS yang mana ia merupakan sistem operasi pertama berasaskan mikro-kernel dan tersedia untuk digunakan pada pelbagai peranti yang mungkin bakal menjadi pesaing kepada Google Android dan Apple iOS.

Manakala servis peta Huawei ini pula akan bersaing dengan servis Google Maps dan Apple Maps.

Sumber: Forbes

Berkaitan