Huawei Dihalang Daripada Membekalkan Teknologi 5G Ke Australia

Tidak cukup dengan sekatan yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat, Huawei kini dihalang daripada membekalkan teknologi 5G mereka ke negara Australia pula. Alasannya, sama seperti yang digunakan oleh Amerika iaitu faktor keselamatan. Turut menerima sekatan sama ialah ZTE.

Berita mengenai sekatan ini amat mengecewakan bukan sahaja bagi Huawei, malah untuk pengguna yang bakal menikmati keupayaan teknologi berkenaan. Huawei sebelum ini membekalkan teknologi tanpa wayar tanpa sebarang masalah di negara Kanggaru tersebut sepanjang 15 tahun yang lalu.

Kredit : South China Morning Post


Keputusan itu agak mengejutkan kerana wakil Huawei Australia, John Brumby sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan amat gembira dengan perkembangan mengenai teknologi 5G di sana. Huawei juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak kerajaan serta agensi-agensi di bawah bidang kuasa mereka.

Tambah mereka lagi, pihak kerajaan telah membuat keputusan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kesan positif jangka masa panjang yang akan dibawa oleh teknologi baru ini nanti. Bagaimanapun, mereka tetap akan menghormati keputusan ini dan membiarkan kedua-dua kerajaan China dan Australia membincangkan penyelesaian terbaik bagi masalah ini.

 

Sumber