Huawei Dan Kementerian Pengajian Tinggi Menjalankan Program ICT Untuk Pelajar Universiti

Huawei sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan program terbaru iaitu "Seeds for the Future".

Program ini bertujuan untuk memupuk lebih ramai golongan profesional dalam bidang ICT oleh pelajar universiti dan persediaan ke arah dunia digital.

Dengan norma baharu sekarang, program ini akan dijalankan secara atas talian dan seramai 30 pelajar boleh menyertai.

Selain itu, pelajar akan mendapat peluang eksklusif untuk meningkatkan kemahiran dengan memanfaatkan teknologi canggih dari Huawei dan dapat meningkatkan prospek kerjaya masa depan mereka.

Program yang dijalankan selama lima hari bermula 21 hingga 25 September 2020 mempunyai 6 jam kursus wajib, 6 jam kursus secara langsung dan 1 jam kursus elektif.

Kursus wajib ini merangkumi 5G, pengkomputeran awan, kepintaran buatan
(AI) dan Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS). 

Manakala kursus elektif pula terdapat Internet of Things (IoT), perdagangan digital, ekonomi digital, atau kepimpinan dan pengurusan.

Huawei telah bekerjasama dengan KPT untuk program ini sejak 2014 dan telah membantu 85 pelajar bagi meningkatkan kemahiran ICT mereka.

Pelajar boleh menghantar permohonan untuk menyertai program di laman rasmi Huawei dan tarikh penyertaan berakhir 31 Ogos 2020.