Huawei Cloud Meeting Dilancarkan - Komunikasi Yang Lebih Cekap

Huawei baru sahaja melancarkan Huawei Cloud Meeting iaitu penyelesaian persidangan video global dengan senario penuh dengan membawakan audio definisi tinggi (HD).



Ia juga mampu mendayakan mesyuarat secara dalaman dan luaran sehingga 1000 orang serentak daripada sebarang terminal mahupun peranti.

Direka bentuk untuk komunikasi yang cekap dan kolaborasi pintar, Huawei Cloud Meeting dapat berikan pengalaman ultra-HD, stabil dan lancar yang selamat serta andal.

Ia juga mudah diurus dengan kawalan pintar yang mudah, menawarkan API dengan ciri terbuka sepenuhnya yang bersepadu mudah dengan aplikasi pihak ketiga dan platform web.



Tambahan, ia memperkasakan mesyuarat awan natif satu-klik untuk kolaborasi bergerak yang mudah. Malah, reka bentuk Cloud Meeting ini juga diiktiraf Red Dot 2020.

Antara ciri menarik dalam Huawei Cloud Meeting ini adalah:

  • Menjadualkan mesyuarat dengan mudah melalui Huawei Cloud Meeting PC Client

  • Mod video 1080p HD dan keupayaan perkongsian dokumen ultra-HD (UHD) 4K

  • Menyokong penayangan dokumen, audio dan video tanpa wayar yang ultra-pantas

  • Perlindungan komprehensif untuk awan dan akses peranti

  • Dapat menyimpan minit mesyuarat dengan hanya mengimbas kod QR melalui Huawei Cloud Meeting


Dalam dunia berdepan pandemik COVID-19, semua pihak terpaksa menjalankan kerja dan mesyuarat atas talian.

Dengan Huawei Cloud Meeting, ia mencipta peluang baharu menerusi teknologi yang baik. Jika anda ingin mencuba, anda boleh menuntut kupon USD100 percuma di sini.