HUAWEI Beri Peluang Peminat Menangi Hadiah Menarik Termasuk Huawei P30 Pro & USD20,000 Dengan Cara Paling Mudah

Anda pengguna peranti Huawei dan mahu mendapatkan Huawei P30 Pro dan bermacam hadiah menarik lain secara percuma? Huawei Malaysia akan membantu anda untuk mendapatkannya.

Apa yang anda perlukan ialah sebuah peranti telefon pintar keluaran Huawei dan sedikit kemahiran untuk mengambil gambar. Kedua-duanya diperlukan untuk anda menyertai pertandingan fotografi tahunan mereka, "HUAWEI Rewrites the Rules of Photography".

Antara hadiah yang menanti pemenang ialah beberapa unit Huawei P30 Pro, Huawei nova 4, Huawei Watch GT(46mm Edition) dan banyak lagi.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu mengikuti empat(4) langkah mudah di bawah.

  1. Tangkap gambar dengan menggunakan peranti keluaran HUAWEI. Pastikan fungsi watermark telah diaktifkan sebelum mengambil gambar.

  2. Sediakan sekali kapsyen bagi menggambarkan gambar yang telah dihasilkan.

  3. Muat turun gambar pada akaun media sosial* anda dan gunakan tanda pagar yang dikhususkan untuk setiap platform pertandingan**.

  4. Jangan lupa untuk tetapkan akaun anda kepada “Public”.


* setiap platform mempunyai media sosial yang berlainan. Sila lihat pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

**sila lihat tanda pagar khas  untuk setiap platform melalui pautan di bawah

Pertandingan ini dijalankan melalui lima platform yang berbeza, dan untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan tanda pagar yang digunakan setiap platform, sila klik pautan di bawah.

  1. The Star -  #ColourfulLife Photo Contest

  2. Berita Harian -  Rakam Umpama Pro

  3. Harian Metro -  Jadilah Juara Gambar Huawei

  4. Sin Chew -  #P30 Challenge

  5. Oriental Daily News - 华为手机摄影大赛


Pertandingan ini sedang dijalankan dan bakal berakhir pada 5 Mei nanti.

Tidak cukup dengan itu, setiap penyertaan juga boleh dihantar untuk menyertai NEXT Image Awards yang menawarkan hadiah sehingga $20,000 atau kira-kira RM82,800 serta pelbagai hadiah menarik lain.

Oh ya, satu gambar yang sama boleh memasuki lebih daripada satu kategori dan setiap peserta boleh menghantar sehingga 30 keping gambar untuk satu akaun dalam draft.

Pertandingan ini merangkumi enam kategori berbeza dan untuk membantu anda mempunyai kelebihan dalam pertandingan ini, kami sediakan beberapa contoh gambar dan tips untuk tangkapan gambar anda untuk setiap kategori.

Faces

Kapsyen: Kredit: Marion Caunter

Gambar serupa juga boleh digunakan dalam kategori: Going the Distance, #Emotion Tag

Untuk menangkap gambar yang lebih menarik, anda boleh mengaktifkan fungsi HDR bagi mengenal pasti elemen berbeza seperti wajah, bangunan dan matahari bagi menghasilkan gambar yang lebih terperinci.

Mod HDR membolehkan kamera peranti mengubahsuai exposure gambar secara automatik. Tunggu sehingga kamera fokus kepada subjek dan tangkaplah gambar anda.

Going the Distance

Kapsyen: Kredit: Smashpop


Gambar serupa juga boleh digunakan dalam kategori: Hello, Life!

Ambil gambar di tempat dan pengalaman yang baharu dengan menggunakan fungsi-fungsi baharu yang ada pada kamera telefon pintar seperti lensa telefoto, lensa sudut luas serta tangkapan-makro.

Tangkap gambar dengan menggunakan mod sudut luas bagi mendapatkan lebih banyak subjek seperti gambar di atas.

Hello, Life!

Kapsyen: Faliq Fahmie


Gambar serupa juga boleh digunakan dalam kategori: #Emotion Tag

Kategori ini adalah untuk berkongsikan emosi dan inspirasi dalam kehidupan seharian melalui sekeping gambar.

Untuk membantu dalam menonjolkan emosi dalam gambar yang diambil, anda boleh gunakan fungsi potrait untuk memfokuskan kepada subjek utama. Pilihan subjek juga memain peranan dalam kategori ini.

Storyboard

Kapsyen: Nonthawat Niyomyart


Ambil 9 keping gambar berbeza dan gabungkannya dalam bentuk grid 3x3 bagi menggambarkan jalan cerita yang menarik.

Tangkap gambar pada satu kawasan yang sama. Gunakan subjek untuk menyampaikan mesej, dan apa yang penting, peralihan dari satu gambar ke gambar seterusnya harus tepat bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan baik.

#Emotion Tag

Kapsyen: Abeden Mung


Gambar serupa juga boleh digunakan dalam kategori: Hello, Life!

Kategori ini bertujuan untuk menyampaikan emosi melalui fotografi. Emosi adalah sesuatu yang penting dalam sesuatu gambar yang dihasilkan, terutamanya jika wajah seseorang digunakan sebagai subjek.

Walaubagaimanapun, tidak semestinya anda perlu menggunakan wajah sebagai subjek, apa-apa sahaja boleh digunakan asalkan ia boleh memberikan emosi kepada gambar.  Namun ia adalah merupakan pilihan yang baik.

Life Now

https://gph.is/g/EB5zRo4
Kredit: 不二和尚 (via GIPHY)

Rakamkan video berdurasi 30 saat atau kurang. Jangan salah anggap, ia tidak semestinya rakaman secara terus. Anda juga boleh menghantar apa jenis video yang dihasilkan, yang penting durasinya adalah kurang dari 30 saat.

Psst.. timelapse dan slow-motion mungkin dapat membantu ada.



Bagi menyertai pertandingan Huawei NEXT Image Awards ini pula, anda boleh menghantar penyertaan melalui pautan ini. Lebih menyeronokkan, setiap penyertaan akan menerima baucar istimewa RM50 daripada Huawei.

Berbeza dengan "HUAWEI Rewrites the Rules of Photography", pertandingan hanya akan berakhir 31 Julai nanti.

Jadi, apa tunggu lagi? Hasilkan gambar terbaik anda dan sertai pertandingan ini sekarang. Banyak hadiah menarik bernilai ribuan ringgit ditawarkan. Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi Huawei Malaysia atau Facebook rasmi mereka.