Huawei Beri Peluang Orang Ramai Rasai Rangkaian 5G Sehingga 6 Oktober Nanti

Pelaksaan rangkaian 5G di Malaysia masih diperingkat awal lagi dan ia kini hanya membabitkan ujian-ujian kepantasan serta dari pengeluar telefon pintar serta pengendali rangkaian. Kini membawa pengalaman rangkaian 5G lebih dekat kepada pengguna, Huawei buat julung kalinya mengumumkan platform ujian 5G mereka yang bertempat di Huawei Store Pavillion Elite. Melalui 5G Experiential Zone ini, orang ramai akan mendapat peluang serta pengalaman merasai rangkaian tersebut dari 19 September hingga 6 Oktober 2019.



Ia terbahagi kepada beberapa zon demonstrasi seperti pendidikan bagi memperlihatkan keupayaan rangkaian 5G, zon permainan untuk pengunjung menikmati permainan VR tanpa latensi serta zon ujian kelajuan yang mempamerkan kelajuan rangkaian tersebut. Platform ujian 5G ini telah dirasmikan oleh Carlson Leong, Retail Director, Huawei Malaysia.

Muat turun kelajuan internet sehingga 1.3Gbps telah dirakam di HUAWEI 5G Experiential Zone!

Pada acara pembukaan majlis tersebut, Carlson berkata, "Dengan adanya platform ujian 5G di Pavilion Elite merupakan cara yang paling terbaik untuk mempamerkan manfaat teknologi 5G kepada pengguna. Kita sudah memasuki era baru teknologi 5G dan kami sangat teruja untuk menyampaikannya kepada semua pengguna."

Platform ujian 5G ini telah dikuasakan oleh Maxis 5G yang mampu membuktikan keupayaan rangkaian mereka. Secara tidak langsung, pameran ini akan memberikan gambaran masa depan yang mengujakan bagi pengguna.



Mereka telah cuba melaksanakan demonstrasi pada peranti Huawei Mate20X 5G dan ianya berjaya menonjolkan rangkaian ini mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 1.3Gbps. Keterujaan dengan potensi 5G pada masa depan ini diharapkan akan ada lebih banyak pencapaian.

Huawei adalah perintis 5G yang akan membawa kelajuan internet yang lebih pantas, tetapi apa yang lebih penting adalah Huawei sedang berusaha keras untuk mencipa peranti dengan penuh perkhidmatan dan aplikasi pada kelajuan yang tidak dapat dibayangkan.