Pihak pendakwa dari A.S dilaporkan sedang menyiasat Huawei atas pertuduhan baru ini.
Sebelum ini pentadbiran Trump menuduh teknologi yang dimiliki Huawei boleh menjeaskan keselamatan negara mereka sehingga menyebabkan Huawei disekat oleh A.S.
Kali ini laporan oleh pihak Wall Street Journal (WSJ) mendakwa pihak pendakwa dari A.S sedang melakukan siasatan ke atas firma teknologi China itu berkaitan isu lain pula.
WSJ mendakwa Huawei sedang berdepan dengan pertuduhan terbaru dari pihak pendakwa A.S kerana syarikat itu dituduh mencuri harta intelek dari perseorangan dan juga syarikat-syarikat sejak beberapa tahun yang lalu.
Malah Huawei juga dituduh merekrut pekerja dari firma pesaingnya bagi memperoleh maklumat sulit sesebuah syarikat tersebut.
Siasatan yang dilakukan oleh kerajaan A.S ke atas Huawei dilihat meliputi aspek bentuk perniagaan yang diamalkan oleh pihak Huawei.
Setakat ini belum ada sebarang respon dari pihak Huawei dan pihak pendakwa pula tidak memberikan sebarang komen.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Microsoft Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Terurus 2023
- Apple Dinobat Sebagai Syarikat Paling Dikagumi Di Dunia
- 6 Lagi Syarikat Teknologi Dari China Telah Disenarai Hitam Oleh A.S
- HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Huawei Dianugerahkan 'EISA Best Smartphone' Buat Kali Kedua Tahun Ini
- Jika Tidak Berpuas Hati, Pengguna Berhak Membuat Tuntutan Terhadap Syarikat Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi
- Huawei Lancar TWS, Komputer Riba Dan Tablet Baharu
- Terdapat 111 Buah Syarikat Pemegang Lesen Pos Dan Kurier Yang Sah Setakat Ini
- 8 Buah Syarikat Utama Telekomunikasi Malaysia Mengecualikan Caj Panggilan Ke Talian Befrienders KL