Serangan bertujuan bagi mencuri teknologi 5G yang dimiliki Huawei.
Berdasarkan laporan oleh laman The Mainichi dari Jepun, Huawei Technologies Co. memberitahu bahawa mereka berdepan sekitar 1 juta serangan siber setiap hari dari seluruh dunia.
Ia termasuklah serangan dari dalam dan luar negara, menurut dari apa yang diberitahu oleh Naib Presiden Kanan Keselamatan Siber Huawei, John Suffolk ketika bercakap kepada Kyodo News di salah sebuah fasiliti Huawei yang terlatak di dalam daerah Dongguan, Guangdong.
Menurut beliau, kebanyakan serangan siber yang berlaku telah dapat di atasi Huawei. Tetapi bagi sebahagian model terdahulu komputer mereka, ada yang telah terkesan dengan isu serangan siber.
Walaubagaimanapun, Suffolk tidak menyatakan secara jelas dari pihak manakah serangan siber itu dibuat.
Namun begitu pada awal bulan lepas, Huawei telah mendakwa pihak kerajaan Trump telah melancarkan serangan siber ke atas mereka untuk menyelinap masuk ke dalam intranet Huawei dan sistem maklumat dalaman mereka.
Suffolk juga memaklumkan, serangan yang dibuat ke atas mereka juga bertujuan bagi mengakses dan mencuri teknologi 5G yang dimiliki mereka.
Berkaitan
- CelcomDigi Tawar Pelan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM80/bulan
- Maxis Dan Malaysia Airports Bekerjasama Menjadikan KLIA Lapangan Terbang Digital 5G Pertama Di Malaysia
- OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan, Berharga Dari ~RM1592
- Senarai Terkini 18 Jenama Telefon Pintar Yang Sedia Sokong Rangkaian 5G Malaysia 2024
- Telefon Pintar Huawei, Vivo Tag Aplikasi Google Sebagai Trojan
- Untuk Masa Terhad, CelcomDigi Kini Tawar Data Internet 5G Sehingga 1TB
- CIA Menuduh Huawei Terima Dana Dari Pihak Keselamatan Dan Tentera China
- HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
- Pembekal Huawei Mengesahkan Terima Rekaan Mate50
- Google Khabarnya Akan Guna Teknologi Huawei Dalam Android 13