Huawei Bawakan Dua Komputer Riba Untuk Pasaran Malaysia Dan Pra-Tempah Kini Sudah Dibuka

Huawei Malaysia telah mengesahkan dimana bukan satu malah dua peranti komputer riba MateBook akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Dua peranti tersebut adalah MateBook X Pro dan juga MateBook D. Kedua-dua peranti tersebut akan diperkenalkan bersama-sama dalam satu majlis yang juga memperkenalkan peranti Huawei Mate 20 di Malaysia.



Huawei MateBook X Pro menampilkan jenis paparan LTPS dengan saiz skrin 13.9 inci yang juga menyokong sokongan touchscreen. Dikuasakan dengan cip Intel® Core™ generasi ke-8 dari siri U dan kad grafik NVIDIA® GeForce® MX150. Tawaran kapasiti memori pula adalah 8GB/16GB LPPDDR3RAM dan 256GB/512GB PCIe SSD.



Untuk MateBook D pula, jenis skrin paparan adalah dari jenis IPS dengan saiz skrin 14 inci. Dikuasakan oleh cip Intel® Core™ i5-8250U dan cip grafik pula dari jenis Intel® UHD Graphics 620. RAM yang ditawarkan adalah 8GB dan 256GB SSD untuk ruang storan.

Kedua-dua peranti ditawarkan dalam warna kelabu dan harga jualan akan diumumkan Huawei semasa pelancaran rasmi peranti ini tidak lama lagi. Untuk mereka yang mahu membuat pra-tempahan, berita baik bagi anda kerana harini Huawei sudah membuka pra-tempahan untuk kedua-dua model MateBook mereka.



Untuk setiap pra-tempahan, pengguna layak menerima barangan percuma bernilai RM 1,456 untuk MateBook X Pro dan RM 857 untuk MateBook D. Tempoh pra-tempah bermula pada hari ini dan berakhir pada 22 Oktober 2018.

Pautan untuk pra-tempah ada di bawah:

MateBook X Pro

MateBook D