Huawei Bakal Guna Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Untuk Komputer Di Pasaran China

Sepertimana yang semua sudah maklum, Huawei sedia membangunkan sistem operasi mereka yang tersendiri dikenali sebagai HarmonyOS. Perkembangan terbaru mengenai sistem operasi ini, ia dikatakan bakal ditawarkan pada industri komputer untuk pasaran China.



Menurut perkongsian di Weibo lagi, komputer dengan HarmonyOS 2.0 akan dikuasakan pemproses Huawei Kunpeng. Ketika ini, papan induk dan pemproses Huawei Kunpeng hanya dibekalkan kepada perusahaan penyelesaian perkomputeran. Ia belum lagi tersedia untuk pengguna biasa.

Dikatakan juga, beberapa bandar dan wilayah sudah bersama-sama Huawei dalam membuat persediaan rantaian bekalan komputer berkenaan.

Ini memberi gambaran Huawei mula mengukuhkan penawaran sistem operasi tersebut yang turut dirancang hadir pada peranti-peranti lain seperti jam tangan pintar, gelang tangan pintar serta antaramuka bagi sistem kereta pada tahun ini. Menjelang 2022, ia dijangka hadir ke lebih banyak lagi platform lain.

Sumber: Huawei Central