Huawei AppGallery BASH Tawarkan Ganjaran Bernilai RM1.6 Juta Untuk Anda Sehingga 11 November Ini

Bagi merayakan jualan 11.11 yang akan hadir kurang dari seminggu lagi, Huawei kini menawarkan ganjaran untuk pengguna dengan nilai keseluruhan sehingga RM 1.6 juta.

Melalui kempen Huawei AppGallery BASH, ganjaran boleh ditebus melalui aplikasi yang tersedia dipasang pada peranti Huawei iaitu AppGallery.



Antara aplikasi popular dalam AppGallery adalah e-dompet Touch n' Go dimana pengguna berpeluang menerima tambah nilai RM10, baucar tunai RM100/50/20 untuk Zalora, keahlian premium 60 hari RM29.80 KKBox, diskaun sehingga 10% untuk tiket penerbangan MAS dan banyak lagi.





Tebus ganjaran ini perlu dilakukan dengan segera kerana ia terhad kepada 1000 penebusan sehari.



Huawei turut mengumumkan berita baik untuk pemilik siri Mate 20, dimana anda akan menjadi ahli Mate20 VIP secara automatik dengan cara mengimbas kod QR pada mana kedai rasmi Huawei.

Ganjaran bernilai RM10,000 untuk ahli Mate20 VIP setelah memuat turun aplikasi Huawei VIP dari AppGallery.

Banyak tawaran menarik menanti ahli Mate20 VIP dari pelbagai jenama seperti Malaysia
Airlines, CARS International, Aerocentric, Los Flowerpeckers, Atlas Gourmet, Watches of Switzerland,
Club 21, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Gintell, Palm Garden Golf Club, Auto Bavaria dan Maxis.

Maklumat lanjut boleh lawati Huawei AppGallery.