Huawei Akan Lancarkan Telefon Boleh Lipat Dalam Masa Setahun

Samsung sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan telefon boleh lipat sebelum tahun ini melabuh tirainya. Tidak mahu ketinggalan, Huawei baru-baru ini memberitahu bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan teknologi sama dalam masa setahun akan datang.

Gambar hiasan (Kredit : RS-Tech)


Malah, Ketua Pegawai Eksekutifnya Richard Yu mengesahkan mereka kini sedang dalam proses membangunkan peranti berkenaan. Ia sekaligus membuktikan bahawa Huawei semakin serius dalam usaha mereka untuk menyaingi Samsung.

Telefon pintar boleh lipat kini dilihat semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila pakar tiris Ben Geskin(@VenyaGeskin1) telah mengirim satu video demo bagi peranti boleh lipat di laman Twitter-nya.

https://twitter.com/VenyaGeskin1/status/1037075241233735680

Selain Huawei dan Samsung, Oppo dan Xiaomi juga dilaporkan mempunyai perancangan untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat di masa akan datang.

 

Sumber