Huawei Akan Bawa Aplikasi Facebook, Instagram Dan Twitter Ke AppGallery

Tidak seperti dipasaran China, pengguna peranti Huawei dipasaran global lain bergantung penuh pada Google PlayStore untuk memuat turun aplikasi.

Namun ekoran daripada sekatan yang dikenakan sejak tahun lalu, perkhidmatan itu tidak lagi tersedia untuk barisan peranti baru Huawei. Ini menyukarkan pengguna untuk memuat turun aplikasi media sosial yang biasa digunakan seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Bagi mengatasi masalah itu, Huawei dikatakan akan memastikan aplikasi media sosial popular berkenaan ditawarkan pada AppGallery tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, gergasi teknologi itu tidak memperincikan bilakah penawaran itu akan dibuat.


Melalui perkembangan ini, ia mungkin sedikit sebanyak menarik kembali minat pengguna terhadap barisan peranti terbaru Huawei. Tetapi

Dalam pada itu, Huawei telah mengumumkan bahawa AppGallery kini merupakan gedung dalam talian ketiga terbesar selepas Google Play Store dan App Store,

Sumber: GadgetMatch