HTC U11+ Sudah Rasmi Dipasaran Malaysia Dengan Harga RM3099

Pertama kali diperkenalkan kepada umum pada November tahun lalu, HTC U11+ kini dengan rasminya ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2017, peranti ini hadir dengan skrin berukuran 6 inci  2880 x 1440p dan nisbah paparan popular, 18:9. Cip pemprosesan Snapdragon 835 digunakan untuk memacu U11+ disamping RAM 6GB dan ruang memori simpanan 128GB juga sokongan kad MikroSD.



Bagi tetapan kamera, ia menggunapakai kamera 12MP dibahagian belakang manakala bahagian hadapan dilengkapi dengan lensa kamera 8MP.

Turut dimuatkan pada peranti ini adalah bateri dengan kapasiti 3930mAh, speaker dari BoomSound yang menjanjikan kelantangan bunyi lebih baik, serta fungsi Edge Sense. Edge Sense adalah pintasan yang ia diakses dengan cara memicit kerangka dibahagain bawah telefon.

https://www.youtube.com/watch?v=ee5bJ4QKUiU

Sistem imbasan cap jari pula berada dibelakang dan peranti ini mempunyai pensijilan IP68 kalis air. Seperti "adiknya", HTC U11+ tidak didatangkan dengan bicu audio 3.5mm, jadi adapter USB-C perlu digunakan.

Pra-tempah  secara dalam talian akan bermula pada 15 Januari sehingga 21 Januari 2018 dan pelbagai aksesori menarik ditawarkan seperti powerbank 8000mAh, buku nota, kit perjalanan dan lain-lain.

Jika anda ingin membeli dari pengedar sah, HTC U11+ akan muncul secara fizikal pada 22 Januari dan harga rasmi ia didagangkan untuk pasaran Malaysia ialah RM3099.

Sumber: Lowyat.net