HTC U11 Plus Memunculkan Diri Sebelum Pelancaran Rasmi

Pada tarikh 2 November, HTC akan mengadakan upacara yang dipercayai bagi memperkenalkan peranti telefon pintar terbaru mereka, HTC U11 Plus. Namun muncul video di Internet yang memaparkan peranti yang dipercayai peranti HTC U11 Plus.

Video memaparkan seorang lelaki yang sedang memberikan ulasan tentang HTC U11 Plus dalam bahasa jerman.

https://youtu.be/AwY6hoJMvz0

Video tersebut mengesahkan yang U11 Plus akan menampilkan paparan skrin 6 inci, ruang simpanan 128GB ROM dan bateri berkapisiti 4,000 mAh. Peranti ini juga mengetengahkan rekaan belakang lut cahaya yang unik.



Terlihat satu gegelung di belakang peranti yang dipercayai sistem pengecasan tanpa wayar HTC. Belum ada harga rasmi yang diumumkan oleh HTC dan nampaknya kita semua perlu menunggu upacara HTC esok untuk mengetahuinya.

Sumber