Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HTC U Ultra Edisi Sapphire Kini Menerima Potongan Harga Sehingga RM700

Posted on Ogos 10, 2017Ogos 10, 2017

HTC U Ultra adalah salah satu model perdana (flagship) keluaran syarikat pengeluar berpengkalan dari Taoyuan kini boleh didapati dengan harga RM700 lebih rendah daripada harga asal, iaitu RM2999.

Tidak sampai 3 bulan mendarat di pasaran Malaysia, salah satu pengedar peranti mudah alih tempatan, DirectD menawarkan telefon pintar berkenaan pada harga RM2299.

Untuk mengelakkan kekeliruan, berikut merupakan perbezaan versi standard dan edisi Sapphire dimana…

  • Edisi Sapphire – Storan dalaman 128GB, skrin paparan diperbuat daripa kaca Nilam (Sapphire) yang sememangnya tahan calar.
  • Versi standard – Hadir dengan storan dalaman 64GB

…dan masing masing dilengkapi dengan RAM 4GB serta dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 821. Jika diteliti terdapat perbezaan harga antara gedung dalam talian DirectD di Lazada dengan gedung dalam talian di laman web mereka.

  • DirectD Lazada – RM2299
  • DirectD laman web – RM2499

Jadi jika anda mengimpikan peranti dengan skrin tahan calar mungkin boleh membeli HTC U Ultra edisi Sapphire ini.

Sumber: DirectD via Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress