HTC U 11 Plus- Flagship Hampir Nirbingkai, Pencabar Pixel 2 XL

Setelah memperkenalkan HTC U 11 awal tahun ini, HTC sekali lagi memperkenalkan dua lagi model untuk tahun ini iaitu HTC U 11 Life untuk kelas pertengahan dan satu lagi model U 11 Plus, model flasghip yang mempamerkan beberapa penambahan naik taraf.

HTC U11 mempunyai paparan 5.5 inci dengan nisbah paparan 16:9 manakala HTC U11 Plus memiliki nisbah paparan 18:9 dengan saiz skrin Super LCD6 berukuran 6 inci bersama resolusi 1440x2880p. Walaupun ianya dilihat belum lagi hampir dengan rekaan nirbingkai, tetapi bingkainya nampak lebih nipis dengan paparan lebih tinggi.



Untuk kamera utama, HTC masih mengekalkan tetapan 1 kamera walaupun mereka yang memulakan  rekaan dwi-kamera. HTC U 11 Plus mempamerkan 12-Megapiksel UltraPixel 3 bersama sokongan penstabilan optik, nilai aperture f/1.7, 1.4µm saiz piksel, autofokus UltraSpeed dan dua flash LED. Ianya mampu merakam video 1080p pada 120fps dan rakaman 4K bersama audio resolusi tinggi.

Kamera selfie pula dilengkapi dengan kamera 8-Megapiksel, pandangan 85 darjah membenarkan ruang selfie yang lebih luas, f/2.0 dan rakaman video 1080p.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, U11 Plus dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 bersama pilihan RAM 4Gb atau 6GB dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Dimuatkan dengan saiz bateri yang diberi penambahbaikkan iaitu pada 3,930mAh dan sokongan pengecasan pantas 3.0.

Ciri yang dikekalkan pada U11 Plus adalah ciri Edge Sense yang membenarkan pengguna memicit/genggam peranti untuk memulakan sesuatu tugasan. Dijalankan dengan sistem operasi Android Oreo dan HTC Sense.

Harganya kami jangkakan akan lebih mahal dari U11 iaitu pada sekitar RM 3,900 di pasaran tempatan.