HTC Sambut Ulang Tahun Ke-20 [VIDEO]

Ditubuhkan pada bulan Mei 1997, HTC telah berada dalam industri pembuatan telefon selama 20 tahun. Dalam video yang diterbitkan ke YouTube pagi ini, HTC mempamerkan semula inovasi mereka sebelum ini, termasuk beberapa peranti awal skrin sentuh, peranti 3G, dan peranti 4G.

Pada peminat yang sudah menggunakan Android ketika itu, anda mungkin ingat pada HTC Dream, juga dikenali sebagai G1. Ianya peranti Android pertama dalam pasaran telefon pintar. EVO (4G), Thunderbolt (LTE), One M7 (binaan logam) antara inovasi yang menjadi sorotan sehingga kini.

Baru-baru ini HTC hadir sekali lagi dengan inovasi yang akan akan menjadi tanda aras pada jenama lain, HTC 11, dengan ciri Edge Sense.

Lihat video sambutan 20 tahun HTC.

[embed]https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=HA5ZG0JAemY[/embed]

Sumber

Baca lagi artikel berkenaan : HTC U11 Yang Boleh Dipicit Kini Secara Rasmi Dilancarkan

Tepi Sikit Google Pixel, Kini Ada Juara Baru Dalam Kategori Kamera Telefon Pintar

Perincian Menyeluruh DxOMark Untuk HTC U11