HTC Menjanjikan Kemaskini Android 8.0 Untuk U11, U Ultra dan HTC 10

Google telah pun melancarkan Android 8.0 Oreo dan peranti pertama yang menerimanya sudah semestinya peranti dari Google dan Nexus. Maka tibalah masa kepada pengeluar peranti lain untuk membuat komitmen untuk mengemaskini perisian sedia ada.

HTC pengeluar dari Taiwan telah mengesahkan yang mereka akan mengemaskini peranti-peranti baru mereka ke Android Oreo. Peranti yang terlibat adalah HTC U11, HTC U Ultra dan HTC 10. Setakat ini tiada lagi tempoh masa yang diberikan bagi melakukan kemaskini tersebut.

Untuk peranti HTC lain pula, masih lagi samar-samar samada turut menerima kemaskini perisian terbaru dari Google itu.

Sumber