HTC Masih Tidak Berputus Asa Dengan Pasaran Telefon Pintar

Jenama HTC boleh dikatakan antara jenama pilihan pengguna 3-4 tahun lalu. Namun adat persaingan, syarikat mana yang mengeluarkan spesifikasi dan harga menarik pasti menjadi pilihan.

Penjualan telefon pintar HTC tidak semeriah dulu dan dilihat, set kepala VR menjadi fokus utama syarikat dari Taiwan itu.

Mungkin anda diantara anda yang sudah mendengar desas-desus HTC tidak mahu lagi mengeluarkan telefon pintar. Menafikan dakwaan tersebut, laman Tech Sina melaporkan HTC tidak akan berputus asa dalam pasaran telefon pintar.

Turut dinyatakan, syarikat itu juga akan melancarkan sebuah model pada penghujung tahun ini, difahamkan naik taraf kepada HTC U12 Life. Sebuah lagi model juga dijangka muncul pada awal tahun 2019.

Dengan pengumuman dari HTC ini, ia memberi gambaran mereka masih menaruh harapan yang tinggi untuk bersaing dengan nama-nama besar yang lain dan sekali menjadi pilihan pengguna.

Adakah anda salah seorang pengguna HTC? Boleh kongsikan pengalaman menggunakan peranti dibahagian komen.

Sumber: Tech Sina