Rekaan mirip seperti HTC 10, Desire 10 Pro dilengkapi dengan skrin paparan IPS HD penuh 5.5 inci (1920 x 1080) dan dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio P10 8-teras. Walaupun mempunyai storan dalaman yang agak besar, Desire 10 Pro didatangkan dengan slot kad mikroSD yang menyokong saiz storan sehingga 2TB.
https://www.youtube.com/watch?v=_g4S2tkgOHg
Selain itu, ia turut menampilkan kamera 20 Megapiksel dengan sensor BSI pada bahagian belakang disamping sistem laser autofokus, Penstabilan Imej Elektronik, auto HDR, dan lensa f/2.2 27.8mm. Untuk kamera selfie pula, ia didatangkan dengan kamera 13 megapiksel beserta sensor BSI dan menyokong screen flash. Tidak lupa juga, Desire 10 Pro mempunyai pengimbas cap jari yang bukan saja berfungsi sebagai sistem sekuriti malah mampu menjadi butang menangkap gambar bagi kamera selfie.
Untuk model yang kedua pula, HTC mempertaruhkan model yang boleh dikatakan sebagai telefon pintar bajet. HTC One9s hadir dengan skrin paparan 5 inci dengan resolusi HD 720p. Didalamnya pula ia dipasang dengan cip pemproses MediaTek Helio P10 dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Jika anda mahukan lebih kapasiti storan anda boleh menggunakan kad mikroSD kerana ia menyokong storan tambahan sehingga 2TB.
One9s menggunakan kamera utama 13 megapiksel manakala kamera selfie pula 5 megapiksel. Apa yang menarik tentang kamera model ini adalah ia mempunyai mod Pro beserta sokongan untuk format RAW. Berbeza dengan Desire 10 Pro, pengimbas cap jari One9s terletak dibahagian hadapan. Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual pada 26 Disember 2016 oleh pengedar yang disahkan HTC Malaysia.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=jSlki0JacOI[/embed]
Berkaitan
- Beberapa Kawasan Di Jasin Bakal Nikmati Internet Mencecah 1Gbps
- PlayStation 5 Sah Akan Dikeluarkan, Tetapi Bukan Dalam Masa Terdekat
- Pos Malaysia Kongsikan Kelajuan Internet Sehingga 900Mbps Kendalian TNB
- OPPO Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM800,000 Untuk Dimenangi Anda Sempena Bulan Kemerdekaan
- Khabar Angin Menyatakan Mungkin Tiada Pengeluaran Razer Phone 3
- DJI Spark Sudah Mendarat Di Malaysia, Beli Secara Pra-Tempah
- Qualcomm Mahu Selesaikan Masalah Audio Bluetooth Kurang Berkualiti Dengan aptX Adaptive
- MFL Lancar Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tempatan
- Qualcomm Kemaskini Spesifikasi Cip, Perlihatkan Sokongan Kamera Sehingga 192MP
- Huawei Nova 3 Primrose Gold Diberi Potonga Harga Sebanyak RM500