HTC Lancarkan Viveport VR





HTC harini telah melancarkan Viveport iaitu sebuah stor aplikasi untuk peranti VR mereka,Vive yang boleh dilayari bermula hari ini. Kerjasama HTC dan Valve memudahkan pengguna untuk membeli permainan VR di Steam Store.



Sebelum ini, pengguna HTC Vive boleh mendapatkan permainan melalui Steam Store atau muat turun dari pihak ketiga seperti Itch. Dengan adanya Viveport, lebih mudah untuk pengguna Vive membeli dan memainkan permainan reality-maya.



Antara permainan VR yang akan diketengahkan dalam Viveport adalah seperti Everest VR, The Blu, Google Spotlight Stories, Pearl, The Music Room, Stonehenge VR dan banyak lagi. Viveport juga akan memperkenalkan beberapa permainan popular dari China yang baru dan belum pernah dilihat.