HTC Wildfire Diperkenalkan, Tetapi Ia Tiada Kena Mengena Dengan HTC

Ahh..HTC.

Sudah lama kita tidak dengar berita tentang pengeluar telefon pintar dari Taiwan ini sejak siri U12. Walaupun mereka masih bergerak dengan HTC Vive, namun jauh disudut hati peminat meronta-ronta untuk HTC kembali dengan telefon pintar baru.

Hari ini terdapat satu berita tentang peranti baru HTC Wildfire X. Yes, HTC sudah kembali!

Tapi masalahnya, peranti ini sebenarnya bukan dibina oleh HTC sendiri.


Menurut The Verge, HTC telah memberi lesen penjenamaan 'Wildfire' kepada syarikat pengeluar dari China iaitu InOne Smart Technology. Bermakna, peranti ini tiada kena mengena langsung dengan HTC melainkan jenamanya sahaja.

Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P22, RAM 4GB, storan 128GB bersama bateri 3,300mAh. Kamera utama 12MP, 8MP kamera telefoto dan 5MP depth sensor.

Hadir dengan rekaan yang jauh menyimpang dari identiti HTC sebelum ini. Ini masuk akal kerana HTC langsung tidak terlibat dalam pembinaan luar dan dalam peranti ini.

Rupa paras yang hampir sama seperti siri Realme 3 dan jika dibandingkan di atas kertas penawaran spesifikasi dari Realme adalah jauh lebih pemurah. Peranti ini juga dikatakan hanya untuk pasaran India sahaja.

Apa kata Wiser: Tak apalah tak masuk Malaysia pun. 

Sumber: The Verge