HTC Dijangka Akan Mengumumukan Siri Baru HTC A9 Minggu Ini.





HTC kini bersedia untuk melancarkan siri baru A9 telefon pintar mereka yang diinspirasikan oleh iPhone menurut laporan dari VentureBeat. Peranti baru itu dijangka akan diumumkan pada acara IFA hujung minggu ini dan dikhabarkan mempunyai rekaan yang sama seperti A9 cuma terdapat beberapa perubahan pada kamera di hadapan dan di belakang.



Cuma yang belum pasti ialah tentang prosessor apa yang akan digunakan dan apa lagi penambahbaikkan untuk peranti baru tersebut terutamanya kamera, dikatakan ianya akan masih kekal dengan 13MP (Kamera depan mungkin ditukar ke 5MP berbanding rekaan yang lama iaitu 4MP).



Hanya cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk acara IFA dan sama sama kita nantikan rekaan terbaru A9 dari HTC.