HTC Desire 20 Pro Akan Dilancarkan Pada 16 Jun

HTC pernah menjadi nama besar dalam pasaran telefon pintar. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan, jenama ini semakin tidak kedengaran lagi. Dalam pengumuman terbaru melalui laman komuniti HTC Taiwan, syarikat itu mengesahkan pelancaran Desire 20 Pro pada 16 Jun ini.



Desire 20 Pro merupakan peranti pertama HTC yang akan menjalankan Android 10. Peranti ini dijangka akan menjana cip pemproses kelas pertengahan Snapdragon 665 dengan 6GB RAM.

Selain itu, Desire 20 Pro bakal hadir dengan paparan skrin LED bersaiz 6.65 inci FHD+ dan resolusi 1080p. Melengkapkan spesifikasi peranti ini adalah rekaan kamera berlubang di bahagian kiri skrin.

Terdapat ura-ura yang menyatakan Desire 20 Pro mempunyai sokongan sensor cap jari di bahagian belakang dan bicu audio 3.5mm. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HTC Desire 20 Pro, nantikan pelancaran pada 16 Jun ini.

Sumber: GSMArena