HTC Bakal Lancar Telefon Pintar 5G Pada Tahun Ini

Anda masih ingat dengan jenama HTC? Suatu ketika ia pernah menjadi pengeluar telefon pintar Android terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan, jenama ini semakin tidak kedengaran lagi. Pendapatan syarikat tersebut juga dilaporkan menurun sepanjang tahun 2016 dan 2017. Peranti terakhir keluaran HTC adalah HTC Desire 19+ dan HTC Wildwire X.



Baru-baru ini, HTC dijangka akan melancarkan telefon pintar 5G pertama pada tahun ini. Namun, butiran lebih jelas mengenai telefon pintar 5G pertama keluaran HTC ini masih belum diketahui dan tiada temubual yang lebih lanjut mengenainya.

Selain itu, HTC turut dilaporkan akan bekerjasama dengan syarikat gergasi Qualcomm, untuk melancarkan telefon pintar kelas flagship. Ia mungkin berita baik untuk melihat HTC kembali bersaing dengan jenama telefon pintar lain.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut merancang untuk memberi tumpuan utama kepada pembangunan realiti maya. Dengan siri HTC Vive dan Vive Cosmos, ia mungkin akan dikembangkan lagi kepada beberapa penawaran AR dan VR.

Sumber: GizmoChina, XDA-Developers