HP Spectre x360 15 Dikemaskini Dengan Bezel Lebih Nipis Dan Cip Intel Gen Ke-10

Sebelum ini HP Specre x360 model 13 inci telah menerima kemaskini dengan rekaan bezel yang lebih nipis dan juga kompak. Pada CES 2020, HP membawakan peningkatan spesifikasi sama kepada model 15 inci juga.

Dengan HP Spectre x360 15, bezel telah dikecilkan menjadikannya laptop 15 inci yang kecil dan juga kompak dengan nisbah skrin-ke-badan laptop sebanyak 90%. Paparan laptop adalah 15.6 inci OLED dengan resolusi 4K. Maksimum kecerahan paparan mampu mencapai 400 nits dan juga menyokong DCI-P3 dengan gamut warna 30% lebih luas.

Laptop dikuasakan oleh cip Intel generasi ke-10 dan juga terdapat pilihan kad grafik Nvidia untuk yang mahukan lebih kuasa. Untuk port I/O, terdapat 2 USB-C, 2 HDMI 2.0, 1 USB-A 3.1 dan juga pembaca kad MicroSD.Hasil carian imej untuk hp spectre x360 15 2020"

 

Menurut HP, bateri laptop mampu bertahan sehingga 17 jam dan mendakwa ia merupakan laptop dengan hayat bateri terlama untuk sebuah 2-in-1 bersaiz 15 inci.

HP Spectre x360 15 ini akan dijual pada bulan Mac nanti bermula pada harga $1,600 USD (~RM6573).

Berkaitan