HP Perkenal Notebook Spectre X360 Di Malaysia

HP kini telah melancarkan notebook Spectre X360 bagi pasaran dalam negara yang didatangkan dengan dua variasi; cip pemproses 2.5GHz Intel Core i5-7200U dan satu lagi versi  2.7GHz Intel Core i7-7500U.

Berbeza dari segi cip pemproses, kedua-dua variasi akan menggunakan skrin paparan 13.3 inci HD penuh (1920 x 1080), unit pemproses grafik Intel HD 620, RAM 8GB LPDDR3-1866 SDRAM, storan SSD M.2 256 GB, dan bateri  3-sel 57.8 dengan sokongan pengecasan pantas yang mampu bertahan sehingga 15 jam.

Model ini juga dipasang dengan empat speaker Bang & Olufsen dan HP Audio Boost (dua dihadapan, dan dua lagi menghala kebawah) yang mana siri sebelum hanya mempunyai dua sahaja.

Untuk sambungan pula, HP menyediakan dua port USB 3.1 Type-C (dengan sokongan Thunderbolt 3), satu port USB 3.0 Type-A, dan satu audio jack untuk kegunaan anda. Spectre X360 tidak mempunyai port sambungan ethernet jadi anda hanya boleh mengakses internet melalui sambungan 802.11b/g/n/ac WiFi sahaja.

hpspectre_back

Selain penambahbaikan dari segi perkakasan, Spectre X360 yang terbaru ini hanya seberat 1.295kg dan berketebalan 13.8mm. Variasi i5 dan i7 ini bakal dijual dengan harga RM4,999 dan RM5,999.

Sumber: HardwareZone.com