Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP ZBook Studio G9

HP Perkenal Komputer Riba Berprestasi 16 Inci Terbaru, HP ZBook Studio G9

Diterbitkan Julai 19, 2022 oleh ariff bukhari

HP Inc. Malaysia hari ini telah perkenalkan model terbaru komputer riba berprestasi HP ZBook Studio G9.

Komputer riba dengan paparan kadar segar 120 Hz bersaiz 16 inci ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i9 Gen-12 serta kuasa grafik dari NVIDIA RTX A5500 atau NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti Laptop GPU4 dengan RAM sehingga 64GB.

HP ZBook Studio G9_2
HP ZBook Studio G9 sememangnya dihasilkan untuk mengendalikan kerja-kerja berat serta untuk pemain tegar permainan komputer. Hanya seberat dari 1.73 kg, ia amat sesuai dioperasi dalam pelbagai keadaan.

Selain itu, HP ZBook Studio G9 ini menawarkan ciri-ciri baru yang lain seperti WiFi 6E dan sambungan ultra pantas Thunderbolt 4.

Malah ia turut menyokong ciri pengecasan pantas yang boleh dicas dalam 30 minit sahaja bagi memenuhkan kapasiti bateri sehingga 50%.

HP ZBook Studio G9 1

Tanda harga jualan bagi komputer riba ini belum lagi diumumkan tapi HP ZBook Studio G9 dijangka akan ditawarkan dalam bulan ini.

Sumber: Media HP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY