Laptop Dengan Cip AMD Rzyen 5000 Terbaharu, Gempak Ke?

Untuk memainkan permainan video dengan prestasi dan kualiti visual yang tinggi, sudah tentu anda memerlukan komponen dan keperkakasan terkini.

Jika anda masih lagi ragu-ragu mencari dan memilih jenama komputer riba atau PC yang menawarkan kemampuan gaming yang terbaik, HP boleh membantu anda dengan siri komputer riba dan PC OMEN mereka.

Model komputer yang terbaharu dari HP OMEN buat pertama kalinya menampilkan cip pemprosesan dari AMD yang berkuasa untuk gaming dan juga kerja-pelbagai. Selain itu, ia juga hadir dengan tanda harga berpatutan sesuai dengan spesifikasi dan perkakasannya.

Berkuasa cukup pada semua aspek, komputer riba OMEN 15 dan OMEN 25L Desktop PC adalah komputer yang sesuai untuk bermain permainan pada tahap tertinggi serta memudahkan kerja multitasking anda.

HP OMEN 15 Laptop


Hadir dengan cip AMD RYZEN™ Ryzen 5000 terbaharu serta gabungan sehingga NVIDIA® GeForce® RTX 3070, sudah tentu tiada masalah lagi untuk memainkan permainan dengan grafik yang tinggi.



Paparan FHD 15 incinya pula dilengkapi dengan kadar segar semula 144Hz. Memang lancar tanpa tersekat-sekat. Dipadankan pula bezel nipis untuk tontonan skrin maksimum.

Ia juga turut didatangkan dengan pembesar suara dari B&O untuk pengalaman audio premium.

Anda juga tidak perlu risau jika komputer riba mula memanas kerana teknologi OMEN Tempest Cooling akan menyejukkan komputer riba dengan 3 lubang udara sisi dan 5 aliran keluar udara.



HP OMEN mempunyai rekaan minimalis dalam rekaan kerangka badan baharu seberat 2.37kg. Selain itu, papan kekunci juga mempunyai RGB dan boleh diubahsuai melalui perisian OMEN Gaming Hub.

HP OMEN 25L Desktop PC


Bagaimana pula jika anda mencari sebuah PC pula? Jangan khuatir kerana siri OMEN turut wujud untuk kategori PC juga melalui HP OMEN 25L Desktop PC.



Prestasi masih lagi berkuasa dengan cip AMD RYZEN™ Ryzen 5000 dan kad grafik siri NVIDIA® GeForce® RTX 30.

Ia juga turut dibantu dengan SSD dari WD® Black™ PCIe TLC dan RAM sehingga 64GB HyperX® dengan sokongan Intel® XMP.

Sistem penyejukan juga turut difokuskan melalui penyejukan CoolerMaster, kaki 15mm boleh laras, dan juga kipas 92mm yang boleh diubahsuai.

Rekaan juga premium dengan kerangka keseluruhan besi, sisi kaca baja, dan juga kawalan RGB secara menyeluruh.

Melalui OMEN Gaming Hub, ia berfungsi sebagai perisian pusat sehenti untuk mengawal dan memantau prestasi komputer. Anda boleh mengoptimasi tetapan untuk melajukan CPU, memaksimakan sambungan rangkaian melalui Network Booster, serta mengubahsuai pewarnaan RGB baik komputer riba atau pun PC.

Berminat?


Untuk anda yang berminat, komputer riba HP OMEN 15 dijual bermula RM,3899 manakala HP OMEN 25L Desktop PC pula bermula RM6,899.00.

Sebagai perlindungan waranti, komputer riba OMEN 15 didatangkan dengan 2 tahun jaminan manakala OMEN 25L Desktop PC pula dengan 3 tahun perlindungan tanpa perlu datang ke kedai jualan.

Komputer riba atau PC gaming belum cukup lengkap tanpa aksesori gaming yang sesuai. Miliki OMEN Vector Essential Mouse bermula RM159, tetikus dengan sensor OMEN Radar 1 yang menyokong 7,200 dpi seberat 88g.

Bermula RM319 juga, anda boleh mendapatkan OMEN Blast Headset iaitu fon kepala dengan sokongan audio 7.1 melengkapkan lagi pengalaman gaming anda.

Jika anda membeli komputer riba OMEN, anda akan menerima baucar RM100 TNG/Grab secara percuma sementara komputer riba dari HP Pavilion Gaming pula baucar bernilai RM80  TNG/Grab.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, anda boleh layari laman HP Malaysia melalui pautan ini.

*Advertorial dibawakan oleh HP Malaysia

Berkaitan