HP Lancarkan Omen 15, Laptop Permainan Pertama Dengan Paparan 240Hz

Barisan laptop permainan dari HP bakal menerima ahli baru dimana lewat malam tadi, syarikat pengeluar itu telah memperkenalkan Omen 15, model yang ditambahbaik dari versi sebelumnya.

Menurut HP, ia merupakan laptop permainan pertama yang dilengkapi dengan paparan 15.6 inci IPS yang menyokong kadar penyegaran 240Hz untuk membawakan pengalaman permainan lebih baik.



Dibahagian dalaman ia dikuasakan dengan perkakasan grafik terbaru dari Nvidia, RTX 2070 Max-Q, pemproses generasi ke-8 Intel Core i7-8750H, RAM 16GB dan sokongan 802.11ax (WiFi 6).

Luarannya terdapat kemasan berbentuk seperti "X" berwarna merah, meningkatkan lagi imej laptop permainan. Dari segi rekaan, ia kelihatan sama seperti keluaran sebelumnya dengan bezel paparan yang nipis.



Dengan berat sekitar 2.4kg, laptop yang mempunyai papan kekunci LED ini dijadualkan pemasarannya pada bulan Februari pada harga permulaan $1370 (~RM5630).