Hotlink Tawar 62GB Data Percuma Bagi Meraikan 62 Tahun Kemerdekaan Malaysia

Seperti biasa, apabila memasuki bulan kemerdekaan pasti banyak tawaran serta promosi akan dijalankan untuk meraikannya. Salah satunya adalah data percuma yang ditawarkan oleh Hotlink untuk pengguna mereka.

Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara kali ke 62, Hotlink berbesar hati memberikan data sebanyak 62GB secara percuma. Data percuma ini boleh ditebus melalui aplikasi Hotlink RED dimana pengguna perlu membeli pas internet Gigal Sale yang ditawarkan.

Data 62GB akan diaktifkan secara automatik selepas pembelian pas internet Giga Sale itu berjaya dilakukan. Melaluinya, pengguna boleh menikmati pelayaran internet berkelajuan tinggi, penstriman serta muat turun dan promosi ini akan tamat pada 25 September 2019.

Sumber: Hotlink