Hotlink Menawarkan Data Percuma 44GB Eksklusif Untuk Pelanggan Mereka Yang Menggunakan Aplikasi Hotlink RED

Dapatkan tawaran istimewa HotlinkMU RAYA 2019 eksklusif menerusi aplikasi Hotlink RED hingga akhir Jun ini.


Sempena Syawal yang bakal menjelma, Hotlink mengadakan promo HotlinkMU RAYA 2019 bermula dari 16 Mei hingga 30 Jun ini.

Tawaran istimewa ini memberikan pelanggan Hotlink data percuma sebanyak 44GB yang boleh didapati secara eksklusif menerusi aplikasi Hotlink RED untuk peranti pintar iOS atau Android.

Kapsyen: Aplikasi Hotlink RED boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store untuk peranti Android dan Apple Store untuk iPhone.


Apa yang pelanggan Hotlink perlu lakukan adalah memuat turun dahulu aplikasi Hotlink RED ke dalam peranti pintar mereka (jika masih belum berbuat demikian).

Kemudian, semak tawaran HotlinkMU RAYA dalam tab HOME & SHOP.

Seterusnya beli mana-mana tawaran HotlinkMU RAYA yang ditanda dengan “RAYA PROMO” padanya dan secara automatik tawaran tersebut akan diaktifkan.

Kini anda akan terus dapat menikmati data percuma 44GB tersebut tanpa limitasi, sekatan dan pada bila-bila masa.

P/s: Data 44GB percuma itu akan dibahagi kepada 22GB pada hari siang dan 22GB lagi dari jam 1.00 pagi hingga 7.00 pagi. Tawaran ini sah dari 16 Mei hingga 30 Jun 2019.