Hotel Bersalut Emas 24 Karat Pertama Di Dunia

Dolce Hanoi Golden Lake di Vietnam yang mengisytiharkan dirinya sebagai hotel bersalut emas pertama di dunia baru sahaja membuka tirai pada 2 Julai yang lalu.

Hotel 25 tingkat dan mempunyai 400 bilik ini terletak di daerah pusat Hanoi di sepanjang tasik Giang Vo. Pembinaan dan persiapan hotel ini menelan belanja sebanyak US$200 juta (~RM856 juta) dengan pelapisan 24 karat di lobi, kolam infiniti, dan bilik-bilik hotel. Malah, peralatan makan, cawan, kepala pancuran, dan tempat duduk tandas juga bersalutkan emas.


Menurut pengerusi Hoa Binh Group, Nguyen Huu Duong yang juga pemilik hotel itu mengatakan pihak hotel mahukan "orang biasa hingga ke orang kaya... untuk mendaftar masuk".


Dengan harga penginapan sebanyak US$250 (~RM1,070) satu malam, pihak hotel berharap mereka dapat menarik minat semua lapisan masyarakat. Walaupun bidang pelancongan negara itu terhad disebabkan pandemik Covid-19, pihak hotel ini percaya mereka akan mendapat keuntungan bermula tahun hadapan.

Sumber: Mashable