HONOR View20, HONOR 8X Dan HONOR 8C Turun Harga

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga bagi beberapa model terpilih, bagi memberi peluang bakal pembeli mendapatkan lebih penjimatan.

Kemaskini harga terbaru ini adalah lanjutan daripada kempen "Rileks, Beli Je" yang menawarkan waranti selama 2 tahun bagi model terpilih, termasuklah HONOR View 20. Kempen yang sedang berjalan tersebut memberikan pembeli 1 tahun waranti tambahan bagi pembelian yang dibuat dari 22 Julai sehingga 30 September 2019.



Peranti HONOR yang mendapat penurunan harga bermula hari ini adalah;

  • HONOR View20 (8GB+256GB) - RM1899+ waranti 2 tahun (harga asal RM2499)

  • HONOR View20 (6GB+128GB) - RM1499 +waranti 2 tahun (harga asal RM1999)

  • HONOR 8X - RM799 (harga asal RM849)

  • HONOR 8C  - RM549 (harga asal RM599)


Harga-harga baru ini boleh didapati dari semua pengedar sah HONOR Malaysia pada seluruh platform, HONOR Experiential Stores, hihonor, Shopee dan Lazada.