Honor View 20 Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada 26 Januari

Honor View20 telah diperkenalkan buat kali pertama beberapa minggu lepas di China. Kemudian, pihak Honor telah menjadualkan satu acara perasmian peranti tersebut untuk pasaran global di Paris pada 22 Januari ini.

Bagaimanapun, peminat Honor dijangka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan model ini di Malaysia.

Menurut sumber rapat dengan Honor Malaysia, peranti berkenaan akan tiba ke pasaran tempatan pada 26 Januari ini.



Honor View 20 muncul sebagai peranti pertama Honor yang hadir dengan rekaan skrin berlubang bagi menempatkan sensor kamera swafoto tanpa memerlukan takuk.

Selain itu, peranti berkenaan bakal dilengkapi dengan cip Kirin 980, serta tetapan dwi-kamera utama yang dilengkapi dengan lensa 48MP dan sensor ToF stereo.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai harga yang dikongsikan kepada pihak kami. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Honor Malaysia nanti.

 

Sumber: Honor Malaysia