Honor View 20 Bakal Mendarat Di Malaysia Pada Bulan Hadapan

Honor baru sahaja memperkenalkan peranti kelas perdana baharu mereka, Honor View 20 di China semalam. Tidak lama selepas itu, Honor Malaysia pula mengesahkan bahawa peranti ini akan tiba di Malaysia seawal bulan hadapan.



Peranti tersebut akan dilengkapi dengan beberapa teknologi menarik seperti sistem cip terkini HiSilicon Kirin 980, kamera utama 48MP dengan teknologi 3D TOF serta sokongan memori sehingga 8GB RAM.

Ia juga bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas, Huawei SuperCharge 22.5W.



Honor View 20 ini didagangkan pada tanda harga bermula dari CNY 2999(~RM1815) sehinggalah variasi tertinggi iaitu edisi Moschino 8GB/256GB pada harga CNY 3999(~RM2420).  

Bagaimanapun, harga dan tarikh pelancaran rasminya di Malaysia masih belum diketahui, namun ia dijangka selepas majlis perkenalannya di peringkat global yang akan diadakan di Paris pada 22 Januari depan.

 

Sumber: Honor Malaysia