Honor View 10 Boleh Mula Di Pra-Tempah 8 Januari, Harga Jualan RM2099

Honor View 10 diiumumkan untuk pasaran tempatan pada 12 Disember 2017 yang lalu dan kini peranti bercirikan AI itu bakal dibuka untuk pra-tempah secara dalam talian bermula esok, 8 Januari 2018 dan berakhir pada 10 Januari 2018.

Disamping pengumuman pra-tempahan itu, Honor Malaysia turut mendedahkan harga jualan peranti berkenaan yang mana ia akan didagangkan pada harga RM 2099.



Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi anda yang berminat untuk memiliki Honor View 10.

  • skrin berukuran 6 inci beresolusi 1080 x 2060 bernisbah 18:9

  • RAM 6GB

  • ruang simpanan dalaman sebesar 128GB

  •  Kirin 970 dengan sokongan ciri AI

  • Dwi kamera utama belakang  20MP dan 16MP

  • Kamera selfie 13MP

  • Bateri 3750mAh


Model ini akan ditawarkan dengan dua variasi warna iaitu Hitam dan Biru. Bagi 1000 tempahan terawal, bakal pembeli akan menerima hadiah bernilai RM699 berupa jam tangan pintar Honor Band 2 dan kad ganjaran Final Fantasy.

Bagi anda yang berminat bolehlah lakukan pra-tempahan dalam talian di platform e-Dagang seperti Vmall, Lazada, 11Street, dan Shopee.