Honor V40 Rasmi Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 1000+, Paparan 120Hz Dan Kamera Utama 50MP

Terdahulu, Honor dijangka akan melancarkan telefon pertama mereka selepas tidak lagi dibawah naungan Huawei.

Kini, Honor rasmi melancarkan telefon V40 5G yang dikuasakan cip Dimensity 1000+, paparan dengan kadar penyegaran 120Hz dan kamera utama 50MP.

Melihat pada spesifikasi, ia adalah hampir sama seperti yang kami laporkan sebelum ini. Ia dilengkapi skrin melengkung berukuran 6.72 inci OLED dengan resolusi 2676x1236. Selain kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhnya adalah 300Hz.



Pada bahagian belakang telefon, terdapat tiga tetapan kamera - 50MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro serta dilengkapi autofokus laser. Sementara kamera swafoto pula 16MP.

Di dalamnya pula, ia menawarkan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan wayar 66W. Manakala pengecasan tanpa wayar sehingga 50W.

Honor V40 5G turut hadir dengan Magic UI 4.0 tetapi menjalankan sistem operasi Android 10. Malah, masih belum ada khabar berita sama ada ia menyokong GMS atau tidak.



Telefon ini sudah pun mula dijual buat pasaran China dengan tiga warna pilihan - Night Black, Titanium Silver, Rose Gold beserta varian 8GB+128GB atau 8GB+256GB.

Harga jualan bagi Honor V40 pula bermula RMB3599 (~RM2248) sehingga RMB3999 (~RM2497).

Sumber: Honor via