HONOR V40 Dijangka Jadi Telefon Pertama Dengan Servis Google Selepas Dijual Huawei


Beberapa bulan lalu, syarikat HONOR yang dimiliki oleh Huawei telah dijual kepada syarikat baharu New Information Technology.

Ini adalah disebabkan sekatan perdagangan Huawei yang secara tidak langsung memberi kesan kepada jenama HONOR tersendiri.

Setelah bebas dari pegangan Huawei, ia memberi petanda bahawa HONOR mungkin boleh menggunakan servis Google semula.

Kini terdapat laporan dari IThome bahawa siri HONOR V40 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan disertakan dengan servis Google.



Perkara ini turut dikuatkan lagi dengan laporan dari laman Russia Kommersant yang mengatakan bahawa HONOR sedang membangunkan telefon dengan GMS.

Jika benar, ia akan menjadi berita baik untuk peminat dan pengguna jenama HONOR kerana sudah boleh menggunakan akses Google pada jenama berkenaan.

HONOR V40 pada asalnya dijadualkan pelancaran pada hari ini (20 Januari), namun ditunda pula pada 22 Januari 2021.

Untuk mengetahui jika benar terdapat servis Google atau tidak, sama-sama kita nantikan pelancaran HONOR V40 kelak.

Sumber: IThome, Kommersant