Hadir dengan tiga kamera utama pada bahagian belakang iaitu lensa lebar 40MP, lensa sudut ultra lebar 12MP dan lensa telefoto 8MP. Ia disertakan juga dengan rakaman video 4K 30fps, menjadikannya antara peranti yang mempunyai kamera yang lengkap.
Menurut Dxomark, Honor V30 Pro menduduki tempat kedua bagi ranking kualiti imej dengan mendapat skor sebanyak 133 mata, kurang satu mata di belakang Huawei Mate 30 Pro 5g yang mendapat 134 mata. Menurut Dxomark lagi, ia sedikit menghadapi masalah autofokus, tetapi ia menghasilkan imej yang hampir sama seperti Mate 30 Pro 5G.
Dari segi gambar bokeh dan juga night mode, Honor V30 Pro dilihat menghasilkan imej yang terperinci dan mempunyai eksposur yang baik. Tetapi, bagi kategori zum, ia masih tidak dapat menandingi keupayaan zum yang terdapat pada Xiaomi CC9 Pro Premium Edition.
Bagi kategori video pula, Honor V30 Pro menduduki tempat ketujuh dengan mendapat skor sebanyak 100 mata sahaja, dua mata di belakang Huawei Mate 30 Pro yang mendapat skor 102 mata bagi kategori ini. Walaupun ia mempunyai spesifikasi software dan hardware yang hampir sama dengan Huawei Mate 30 Pro, ia masih mempunyai masalah autofokus yang menyebabkannya mendapat skor sebanyak 100 mata sahaja.
Ranking ujian kamera Dxomark dijangka akan berubah pada Februari ini dengan kehadiran siri Samung S20, Xiaomi Mi 10 dan juga One Plus 8 yang mempunyai sistem kamera dan lensa yang terbaru.
Sumber : Dxomark
Berkaitan
- Honor V30 Mungkin Tidak Akan Diuji Oleh Dxomark
- Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini
- Iphone 11 Pro Max Menewaskan Huawei Mate 30 Pro Dan Samsung Galaxy Note 10+ Dalam Ujian Bateri Oleh Mrwhosetheboss
- U Mobile Lancar Program Mini Wechat Go Malaysia Untuk Pengunjung Dari Tanah Besar China Ke Malaysia
- Digi Mahu Bantu Usahawan PKS Melalui Program MY Digital SME
- Dxomark Mengumumkan Pemenang Kamera Telefon Pintar Terbaik 2019
- Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone
- Promosi ROG X NVIDIA Back To School, Beli Dan Menang Hadiah 'Rare' Dari ROG
- Ranking Dxomark Bukan Penanda Aras Sebenar Kualiti Kamera Telefon Pintar
- Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung