Honor V30 Mungkin Tidak Akan Diuji Oleh Dxomark

[tps_start_button label="Start slideshow" style="" class=""]

Baru-baru ini, Honor telah melancarkan peranti terbarunya iaitu Honor V30 dan V30 Pro. Ia merupakan peranti 5G pertama keluaran sub syarikat Huawei itu. Kedua peranti berkenaan dilihat mempunyai keupayaan kamera yang luar biasa namun, setakat ini tiada pemarkahan bagi peranti terbaru Honor ini dalam ranking kamera Dxomark.



Menurut CEO Honor iaitu George Zhao, beliau menegaskan bahawa Honor V30 dan V30 Pro tidak akan diuji oleh Dxomark. Ia kerana piawaian yang telah ditetapkan oleh Dxomark itu sendiri.Beliau menegaskan bahawa Dxomark lebih mementingkan spesifikasi “hardware” yang terdapat pada peranti dalam ujian yang dilakukan. Jika spesifikasi “hardware” sesebuah peranti itu tinggi, begitu juga dengan skor yang akan diperolehinya. Oleh sebab itulah keupayaan kamera yang terdapat pada Honor V30 tidak sesuai menjalani ujian tersebut.



Beliau juga menyatakan bahawa Honor V30 lebih menumpukan kepada keupayaan “software” dan jika dilihat dari segi spesifikasi di atas kertas, ia mungkin tidak dapat menandingi pesaing yang lain seperti Xiaomi Mi Note 10.

George Zhao juga menjelaskan bahawa Honor akan meneruskan legasi peranti bagi model “V” ini dan akan lebih menumpukan penambahbaikan “software”  seperti yang dilakukan pada Honor V30.

Sumber : GizChina