HONOR Tawar Waranti 2 Tahun Bagi Model Terpilih

HONOR Malaysia semalam telah mengumumkan promosi "Rileks, Beli je" untuk pembeli salah satu model yang terpilih. Melalui tawaran bermula 22 Julai 2019 dan akan tamat pada 30 September 2019, pembeli HONOR View 20 atau HONOR 20 Lite atau HONOR 20 atau HONOR 20 Pro bakal dilindungi dengan jaminan tambahan menjadikannya selama 2 tahun.



Penawaran ini hanya meliputi set telefon pintar original yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. Terdahulu, Huawei Malaysia turut menawarkan promosi serupa untuk barisan telefon pintar jenama berkenaan.

Untuk menebus jaminan tambahan ini, pengguna boleh melakukannya melalui aplikasi HiCare yang siap terpasang didalam peranti HONOR. Perlu diingatkan sekali lagi, lanjutan jaminan ini hanya tertakluk kepada peranti yang dibeli dari 22 Julai 2019 sehingga 30 September.