Honor Tawar Peluang Menangi Pelbagai Hadiah Percuma Menarik Bagi Pembeli Terawal

Honor View20 baru sahaja dilancarkan pada 22 Januari yang lepas dalam satu majlis di Paris. Pada hari yang sama, Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa model tersebut akan mula dijual di pasaran tempatan pada 26 Januari ini.

Variasi yang ditawarkan ialah 6GB+128GB pada harga RM1,999 dan 8GB+256GB pada harga RM2,499.

Sempena dengan itu, Honor akan mengadakan satu roadshow pada 26 Januari hingga 27 Januari ini di Ground Floor, Highstreet@One Utama Shopping Centre bermula pada jam 9.30 pagi.

Kapsyen: Honor MY


Honor bermurah hati untuk menawarkan pelbagai hadiah percuma menarik bagi 1,000 belian terawal di roadshow berkenaan.

Hadiah tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

  • 200 pembeli pertama akan menerima seutas Honor Watch Magic dan beg galas Honor

  • 800 pembeli seterusnya akan menerima seutas Honor Band 4 dan beg galas Honor


Honor Watch Magic turut dilancarkan pada majlis yang sama di Paris tempoh hari dan dijual pada harga RM599 manakala Honor Band 4 pula dijual pada harga RM149.

Model View20 ini hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti cip Kirin 980, kamera utama 48MP dengan lensa 3D ToF serta rekaan yang premium.

Selain daripada View20, Honor turut menawarkan hadiah menarik kepada pembeli Honor 10 Lite pada acara berkenaan.

Kapsyen: Honor MY


Mereka berpeluang untuk membawa pulang Honor Band 4 Running Edition, sebuah botol minuman edisi terhad Honor serta sebuah pembersih udara, sementara stok masih ada.

Honor Malaysia juga telah mengumumkan kedai fizikal yang akan menjual Honor View20 secara rasmi di seluruh negara. Bagi anda yang ingin mengetahui senarai penuh kedai-kedai tersebut, anda boleh klik pautan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai roadshow atau peranti Honor View20 ini, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Honor Malaysia.

 

Sumber: Honor Malaysia