Honor Rasmikan Portal E-Dagang Di Malaysia, Hadir Dengan Promosi '7uly Madness Offers'

Honor akhirnya telah merasmikan satu portal e-dagang mereka di negara ini yang juga akan digunakan sebagai hab informasi kepada pengguna mereka pada 12 Julai yang lepas. Sehubungan dengan pelancaran tersebut, Honor telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu promosi khas tidak lama lagi.

Promosi yang digelar '7uly Madness Offers' ini akan berlangsung selama 6 hari iaitu bermula dari 17 Julai dan akan berakhir pada 22 Julai nanti. Promosi itu melibatkan pelbagai tawaran menarik terhadap peranti-peranti terpilih serta aksesori keluaran Honor.



Honor Malaysia menawarkan potongan harga sehingga 30% kepada beberapa peranti terpilih serta aksesori tambahan bagi telefon pintar. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 836 andai mendapatkan peranti baru keluaran Honor semasa promosi ini berlangsung.

Antara peranti yang menerima penurunan harga ialah honor 7s(RM 349 dari RM 379), honor 7A(RM 429 dari RM 479) dan honor 7x(RM729 dari RM849). Tambahan pula, dengan membeli peranti seperti honor 9 Lite, honor View 10 dan honor 10, anda akan mendapat pelbagai hadiah menarik secara percuma termasuklah baucer yang bernilai sehingga RM 100 untuk dibelanjakan.

Semua promosi yang dijalankan bergantung kepada stok yang dimiliki. Untuk pengetahuan lanjut, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi honor Malaysia atau layari laman hi honor.

Sumber