Honor Play Player Edition Mula Dijual 7 September Ini

Diperkenalkan sebagai sebuah peranti yang memfokuskan kepada permainan mudah alih, Honor Play sudah memasuki Malaysia sejak awal Ogos lalu.

Kini seperti yang dijanjikan sebelum ini, sebuah versi dari model yang sama bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan Jumaat ini.

Dipanggil Honor Play Player Edition, ia membawakan rupa bentuk sedikit berlainan daripada model standard. Lain-lain spesifikasi adalah sama.

Disamping itu, setiap pembelian yang dibuat dari HiHonor dan Shopee akan menerima Ipega 9087 Controller, dan sebuah kotak edisi terhad dikemaskan dengan pelekat PUBG.

Dijual pada harga RM1299, anda boleh mendapatkannya dari pengedar sah Honor yang terpilih seluruh negara.