Honor Play - Peranti Dengan GPU Turbo Pertama Berlabuh Di Pangkalan Malaysia

Selepas melihat kemunculan beberapa peranti menfokuskan permainan video diperkenalkan oleh pesaing mereka, Huawei nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam persaingan tersebut. Lantas, pada 6 Jun yang lalu, mereka telah mengumumkan peranti gamingĀ mereka sendiri di bawah jenama Honor, iaitu Honor Play.

Sehubungan dengan itu, selepas lebih kurang dua bulan menunggu, akhirnya Honor Play selamat tiba di pasaran Malaysia hari ini(7 Ogos). Peranti tersebut telah diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid sebentar tadi.



Sebagai peringatan kepada pembaca, peranti ini akan hadir dengan cip pemprosesan premium dari HiSilicon iaitu Kirin 970. Selain itu, ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,750 mAh yang cukup bagi memberikan anda tempoh permainan yang memuaskan.

Namun, apa yang menarik pada peranti Honor Play ini ialah sokongan GPU Turbo-nya. Honor Play merupakan peranti pertama yang datang dengan sokongan teknologi ini dari dalam kotak. Fungsi utama sokongan ini ialah untuk meransang prestasi unit pemprosesan grafik peranti.



GPU Turbo akan memberi sehingga 60% prestasi yang lebih baik selain mengoptimumkan penggunaan kuasa bateri peranti. Huawei mendakwa juga dapat menjimatkan penggunaan bateri sehingga 30%.

Selain itu, Honor Play ini didatangkan dengan skrin IPS LCD 6.3-inci beresolusi FHD+ dengan nisbah paparan 19.5:9, dwi-kamera utama(16MP f/2.2 + 2MP f/2.4) dengan kecerdasan buatan(AI) serta kamera swafoto dengan lensa 16 MP f/2.0.



Seperti dijangka, Huawei masih lagi belum mahu menggunakan sistem Android asli pada peranti mereka atau Honor setakat ini. Honor Play ini masih lagi akan menggunapakai antaramuka EMUI keluaran Huawei.

Honor Malaysia akan menawarkan dua variasi warna untuk model Honor Play iaitu Ultra Violet dan Navy Blue. Manakala harga yang jualan yang ditawarkan kepada pembeli ialah RM 1,249 sahaja bagi peranti Honor Play dengan 4GB RAM serta 64GB ROM. Malah, pembeli Honor Play turut akan diberikan baucar PUBG Mobile bernilai RM 60.