Honor Play Mula Terima Kemaskini Android Pie Beta

Disediakan dari kotak dengan EMUI 8.1 yang dijalankan dengan Android Oreo 8.1, Honor Play kini dikatakan sudah mula menerima kemaskini naik taraf ke  EMUI 9.0 (Android Pie).

Ramai sudah tahu bahawa EMUI 9.0 akan beroperasi pada peranti terbaru, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro tetapi, beberapa pemilik Honor Play yang bertuah sudah mula merasai sistem operasi terbaru itu lebih awal melalui versi Beta.

Difahamkan model-model yang terlibat adalah dengan nombor siri COR-L29, yang mana ia dijual dipasaran Eropah dan Timur Tengah.

Antara ciri baru yang terkandung dalam kemaskini beta itu adalah Adaptive Battery, Adaptive Brightness, Android Dashboard, GPU Turbo 2.0, dan beberapa perubahan dari segi rekaan serta penambahbaikan.

Sumber: GizChina