Honor Play Mula Dijual Hari Ini, Berjaya Pecah Rekod Pra-Tempahan

Honor Play sedia untuk dimiliki ! Peranti menfokuskan permainan video daripada Honor itu mula dijual pada hari ini di kedai-kedai rasmi Honor di seluruh negara dan di atas talian.

Sehubungan dengan itu, Honor akan melancarkan jualan terbuka bagi peranti tersebut bermula hari ini, 10 Ogos hingga 12 Ogos. Dapatkan Honor Play semasa jualan ini, dan anda dapatkan pelbagai hadiah menarik secara percuma.

Antara hadiah yang bakal dimiliki oleh pembeli ialah baucar PUBG Mobile bernilai RM 60 dan pelbagai aksesori menarik seperti pelindung skrin dan sarung telefon yang bernilai RM 148 keseluruhannya.



Jualan terbuka itu juga menandakan berakhirnya tempoh pra-tempahan bagi peranti ini. Apa yang menariknya, Honor Play telah berjaya memecahkan rekod pra-tempahan bagi peranti keluaran Honor.

Berbalik kepada pemberian hadiah percuma tadi, anda juga boleh berkunjung ke roadshow Honor Play pada 14 Ogos ini di IOI City Mall dan dapatkan Honor Play anda untuk berpeluang memenangi hadiah dengan nilai RM 547.



Kesemua promosi yang dijalankan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ikuti laman Facebook rasmi Honor Malaysia untuk perkembangan lebih lanjut.

 

Sumber