Honor Play Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Selepas Razer Phone, Nubia Red Magic dan Xiaomi Black Shark, pengeluar telefon pintar semakin berlumba-lumba dalam menghasilkan peranti permainan mudah alih masing-masing. Honor juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka telah mengumumkan pelancaran Honor Play pada bulan lepas.

Kira-kira sebulan selepas ia diperkenalkan buat pasaran China, Honor kini memberi gambaran yang agak jelas bahawa peranti ini bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ia berikutan satu kiriman yang telah dibuat di akaun Facebook rasmi mereka hari ini.



Honor Play hadir dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970 yang turut digunapakai pada peranti Honor 10. Namun, peranti ini akan dilengkapi dengan teknologi terkini GPU Turbo yang akan memberi lebih prestasi semasa bermain permainan video.

Bagaimanapun, Honor Malaysia masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran atau harga jualan peranti ini bagi pasaran tempatan. Ikuti laman Facebook rasmi Honor Malaysia atau laman sesawang HiHonor Malaysia untuk maklumat terkini berkenaan Honor Play ini.

Sumber